Watak dan perwatakan Kyōraku_Shunsui

Kyoraku Shunsui merupakan salah seorang kapten yang telah beratus-ratus tahun menjadi kapten bersama Kapten Unohana Retsu, Kapten Ukitake Jūshirō, dan Kapten Yamamoto-Genryūsai Shigekuni. Dia mempunyai badan yang besar dan dadanya yang berbulu tidak seperti kapten yang lain. Kyoraku juga berpakaian tidak seperti kapten yang lain, dia selalu memakai topi dan memakai kimono yang berwarna merah jambu di badannya. Beliau juga bersikap pemalas, pemabuk, dan paling suka dengan shinigami wanita dan lemah dihadapan wanita. Buktinya dia selalu mengganggu leftenantnya Ise Nanao. Rakan karib beliau adalah kapten Ukitake dari skuad 13, mereka selalu berkerjasama dari dulu lagi dan merupakan anak murid kesayangan kapten Yamamoto sehingga Yamamoto menganggap dia dan Ukitake sebagai anak kandungnya. Kyoraku juga selalu tidak mahu menggunakan kekuatan sebenarnya jika berlawan akan tetapi dia merupakan seorang kapten yang kuat dan ditakuti diantara 13 kapten yang ada. Dia juga telah menewaskan Espada no. 1 dengan tanpa menggunakan tahap Bankai zanpakutonya serta Sado Yasutora dengan mudah sekali.